Alhamdulillah pada 18 Jan 2009 satu bengkel Pengurusan Pasti Kawasan Puchong telah dapat diadakan dengan jayanya. Azman selaku pengerusi Pasti Kawasan Puchong telah membentang berkaitan dengan perjalanan dan pengurusan Pasti sedia ada. Ianya dapat meningkan kefahaman semua ajk pasti cawangan yang hadir.
Beberapa isu telah dapat dibentangkan, begitu juga beberapa pendekatan baru untuk memantapkan lagi Pasti Kawasan Puchong telah dapat di ambil. Antaranya Pasti Kawasan Puchong telah bersetuju untuk mengadakan buletin sendiri yang akan dikeluarkan 3 kali setahun( jika tak silap pendengaran saya), blog Pasti Kawasan akan diadakan secepat mungkin dan mailinglist Pasti Puchong juga akan diadakan untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi information berkaitan dengan Pasti.
Syari selaku bendahari Pasti Kawasan telah membentangkan bagaimana untuk membuat belanjwan Pasti agar pengurusan kewangan Pasti dapat di atur dan diselenggara dengan baik.
Uztaz Wan Shukri juga mengambil kesempatan dalam ucapan penutup untuk menyampaikan hasrat dan saranan beliau agar Pasti kawasan Puchong dapat digerakkan dengan lebih tersusun. Ustaz Wan meminta agar Pasti Kawasan dapat menjaga nama baik Pasti kerana nama PASTI telah terkenal diseluruh Malaysia. Jika rosak satu Pasti, seluruh Pasti akan terpalit sama.
SYABAS Pasti Kawasan Puchong..
Antara ajk Pasti dan MGP yang hadir
Ustaz Wan Syukri selaku ketua DPPK Puchong sedang menyampaikan amanat.
Kini sudah 2 minggu berlalu sesi persekolahan 2009, alhamdulillah sambutan yang menggalakkan dari ibubapa memberi semangat dan kekuatan untuk guru-guru Pasti meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa mencintai Islam dan meneroka alam persekolahan yang kian mencabar. saya bersyukur sangat kerana bukan sahaja di Pasti As-Syifaa tapi Pasti-Pasti di kawasan Puchong terus mendapat perhatian dari masyarakat setempat. TAHNIAH kepada pihak pengurusan Pasti Puchong dan MGP Kawasan Puchong.
Pada hari pertama sekolah, Pengurus Pasti serta ajk Pasti As-Syifaa bertungkus lumus membantu guru-guru untuk melayan ibubapa dan anak anak yang baru memulakan alam persekolahan. Terima kasih pada ibubapa yang memberi kerjasama yang baik.
Sibuk dengan kerja2 pendaftaran, tak sempat saya untuk mengambil gambar sekitar hari tersebut, hanya beberapa keping yang dapat saya snap..
gembira setelah mendapat buku.
cikgu intan sedang menarik perhatian pelajar yang sedang memandang ibubapa masing.
menadah tangan untuk membaca doa makan.
ajk pasti sedang berusaha untuk memujuk pelajar yang menangis ditinggalkan ayahnya..
Hanis Syafiqah, baru berusia 4 thn tapi yakin dan bersemangat di hari pertamanya di Pasti.
Buat anak2 muridku sayang,. cikgu doakan kalian semua menjadi pelajar cemerlang.. cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat.
satu artikel menarik yang saya temui dalam satu forum Anakku Sayang untuk dikongsi bersama.
Berikut adalah diantara tips bagi melahirkan anak cemerlang;
i) - Mula mengajar anak anda membaca ketika usianya bayi. ii) - Pilih masa yang sesuai dan kerap. iii) - Biarkan anak anda memilih buku kegemarannya. iv) - Berinteraksi dengan baik semasa anak sedang membaca. v) - Galakkan ahli keluarga untuk menolong.
Baca dan fahami betul-betul apakah tips-tips tersebut :
i) Pengurusan Masa :
Kenapa ?. Ya dengan membuat jadual waktu anak anda, adalah satu perkara terpenting bagi memastikan sistem pembelajarannya teratur dan sistematik. Terutama jadual waktu dirumah untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolah yang diberi oleh gurunya. Dengan adanya jadual waktu kerja-kerja anak anda akan siap pada waktunya!
Bagaimana ?. Anda perlulah menyediakan rutin harian yang konsisten untuk anak anda ikuti sekembalinya mereka dari sekolah. Kebiasaannya mereka memang letih dan memerlukan masa untuk rehat. Justeru di dalam jadual itu juga jangan lupa selitkan ruang masa untuk mereka beriadah selepas menikmati minum petang atau selepas kembali dari kelas tuisyen atau kelas agama. Jangan lupa selitkan jadual untuk anak anda membuat kerja-kerja sekolahnya!
Jangan lupa pantau dan monitor perkembangan pembelajarannya dari masa ke semasa.
ii) ‘Get Organized’ :
Kenapa ?. Ya, bagi kebanyakkan pelajar, masalah-masalah di sekolah adalah di sebabkan oleh tidak dapat membuat persedian masa dengan betul. Mereka bermasalah di sekolah bukannya disebabkan mereka tidak cerdik atau kurang bijak. Tetapi disebabkan gagal menguruskan masa dengan baik.
Bagaimana ?. Sediakan ‘checklist’ untuk setiap keperluan anak anda yang perlu dibawa ke sekolah dan apa yang perlu dibawa pulang dari sekolah, setiap hari. Letakkan satu salinan di depan pintu atau di peti sejuk atau di mana juga yang anda rasa sesuai dan menjadi tatapan anda setiap masa. Juga, letakkan satu salinan di dalam folder atau beg sekolah anak anda!.
iii) Pilih prioriti/keutamaan :
Kenapa ?. Kadang-kadang anak-anak gagal menyiapkan kerja-kerja latihan dan tidak tahu yang mana satu harus dimulakan.
Bagaimana ?. Oleh itu, ajar anak anda untuk memberikan keutamaan kepada hal-hal yang penting. Contohnya adakah subjek-subjek utama yang perlu disiapkan dan di hantar esok harinya, atau mungkin adakah subjek-subjek tertentu yang mungkin akan di adakan ujian dan sebagainya. Senaraikan semua perkara yang harus dilakukan termasuk extra-curricullum di sekolah. Susun kesemuanya ikut keutamaan.
iv) Fokus :
Kenapa ?. Gangguan akan menyebabkan anak anda mudah hilang konsentrasi dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu latihan. Ini menjadikan semua masalah timbul sebagai contoh kerja latihan yang mudah mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Letih dan mula rasa bosan.
Bagaimana ?. Sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak anda mengulangkaji pelajaran dan pastikan semua peralatan alatulis tersedia berhampiran!
v) Motivasi :
Kenapa ?. Kebanyakkan anak-anak berkata akan melakukan yang terbaik di sekolah. Namun, masih ramai juga yang gagal untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Bagaimana ?. Sebagai ibuabapa cuba perhatikan dan nilai apakah kebolehan anak anda ?. Sambut dan raikanlah kejayaan atau pencapaian anak anda tidak kira ianya besar atau kecil. Contohnya : mungkin hari itu dia dapat menjawab soalan mudah di sekolah dan menjadi pertama yang memberi jawapan betul, apa salahnya anda menghadiahkannya sebuah buku atau pen atau sekadar sekeping ’stiker’!.
vi) Luangkan masa untuk riadah :
Kenapa ? Anak-anak yang terlalu aktif biasanya sukar untuk menumpukan kepada pelajaran.
Bagaimana ?. Selepas sekolah, beri peluang anak anda untuk berehat, mendengar musik, menonton TV, menikmati minum petang sebelum anda mengajaknya membuat latihan kerja sekolah.
vii) Ambil berat :
Kenapa ?. Tindakan mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak anda adalah suatu perkara yang sangat penting dan terbaik di dalam memastikan anak anada mempunyai sikap yang baik di sekolah dan dapat mengelakkan sikap-sikap yang negatif.
Bagaimana ?. Selalulah bertemu dan berbincang dengan guru-guru anak anda tentang perkembangan atau juga permasalah yang ada dengan mereka.
Didik Anak Dengan Naluri Kasih Sayang www.iLuvislam.com Abi Muslih & Mama Farhah
Membinakan seorang insan yang soleh jauh lebih sukar dari membina sebuah bangunan yang hebat. Pembinaan bangunan terjamin lancar dan berjaya jika cukup kepakaran dan dananya. Pembinaan manusia belum pasti berjaya dengan kepakaran paling hebat dan kewangan yang melimpah ruah. Mendidik seorang anak memerlukan perhatian, ketekunan, kesabaran dan kesungguhan yang tinggi. Memang ia sukar dan meletihkan. Kalau tidak kerana limpahan naluri kasih sayang yang Allah semai di hati si ibu dan si ayah, mungkin tiada ibu dan bapa yang sedia menjaga dan mendidik anak.
Naluri kasih sayang tentunya menjadi bekal pendorong dalam mendidik anak. Bayangkan jika manusia, terutamanya ibu dan ayah tidak ada rasa cinta pada anak-anak. Mereka akan melihat anak-anak seperti mereka melihat kayu dan batu. Bahkan mereka mungkin akan menganggap si anak sebagai beban yang menyusahkan. Tentunya berat untuk mereka mendidik, bahkan menjaga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mengurniakan rasa sayang kepada anak dan sekelian kanak-kanak. Inilah bekal motivasi semulajadi dalam kita mendidik anak-anak. Di mana letaknya kasih sayang?
Tentunya ia soalan yang sukar untuk ditanggapi. Payah untuk kita mengesan di mana letakkan rasa sayang.
Umum mempercayai ia terletak di hati. Hati di sini bukannya hati fizikal. Bukan juga jantung. Hakikatnya ia adalah satu perasaan halus yang ada di sanubari manusia. Rasa semulajadi yang menyuntik bayu damai dan bahagia. Inilah nikmat Allah yang indah. Allah jadikannya bukan sia-sia. Tujuannya, agar rasa kasih sayang itu digarap sebagai pendorong ibu bapa dalam mendidik dan membesarkan anak.
Kasih sayang mengubah persepsi seorang ibu dan bapa terhadap anak. Daripada satu beban yang menyulitkan, menjadi satu cahaya mata yang membahagiakan. Umpamanya, seorang bapa yang mempunyai ramai anak, kadang-kadang rasa terbeban dengan tanggungjawab yang semakin bertambah dan perbelanjaan yang besar. Ibu pula kadang-kadang terlintas betapa sakitnya mengandung dan melahirkan anak-anak seorang demi seorang. Betapa letihnya menjaga dan melayan kerenah di anak. Tetapi setelah mendengar tangisan pertama anak yang lahir maka susutlah beban yang terasa. Setelah diamati wajah barisan anak-anak yang sedang nyeyak, maka hilanglah keletihannya. Apabila menyaksikan anak-anak bermain riang di taman, maka luputlah kesakitan lampau. Apa lagi jika si anak menjadi seorang yang soleh dan berjaya. Semua senario ini adalah nikmat kasih sayang semulajadi kurniaan Allah kepada kita.
Naluri kasih sayang dan peranannya dalam pendidikan anak-anak
Dalam konteks pendidikan, naluri kasih sayang ini dapat berperanan dalam tiga keadaan iaitu: Pertama, Allah menjadikan naluri kasih sayang ini agar manusia menjadikan usaha mendidik anak itu satu yang menyeronokkan. Sambil girang menimang anak si bapa boleh menyelitkan acah-acahnya dengan unsur tarbiyah. Sambil leka mendodoinya, si ibu boleh mengalunkan lagu-lagu yang membangkitkan jiwa, iman dan semangat juang. Sambil seronok bergurau senda, bertempuk tampar, si ibu dan ayah boleh melatih mereka erti kerjasama dan mementing diri, erti timbang rasa dan keegoan, erti ketaatan dan keengkaran, erti sopan dan biadap, serta erti dosa dan pahala. Sambil bahagia bersiar-siar dan berkelah, anak-anak boleh diajar soal-soal ketuhanan, tatacara ibadah, keluhuran akhlak dan teknik bermasyarakat. Ringkasnya, segenap aktiviti yang menyeronokkan itu boleh berubah wajahnya menjadi medan tarbiyyah insaniyah.
Kedua, naluri kasih sayang mencipta ketabahan dan kegigihan mendidik buat ibu dan bapa. Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Terugan demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka tika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha tarbiyah itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.
Ketiga, fitrah kasih sayang dalam jiwa manusia juga mendorong pengorbanan luar biasa si ibu dan bapa terhadap anak-anak. Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi si ibu dan bapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibu dan bapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.
Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: "Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya."
Dalam kasih ada ujian
Walau bagaimana pun, kasih sayang kepada Allah tidak dapat mengatasi kasih sayang kepada anak-anak. Dalam kasih ada ujian. Kadang-kadang ibu bapa diuji dengan dua persimpangan. Antara perintah Allah dan rasa sayang pada anak. Tentunya yang patut dipilah ialah perintah dan redha Allah taala. Pada zahirnya, memilih perintah Allah bermakna 'mengorbankan' anak. Tetapi hakikatnya, itulah kemanisan dan keindahan dalam perasaan kasih kepada si anak. Sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim terpahat kukuh sebagai bukti bahawa kadang-kadang naluri kasih sayang itu terpaksa dilupakan demi perintah Allah.
Mungkin kisah Syaikh Hasan Al-Banna, seorang tokoh gerakan Islam abad ini boleh dijadikan contoh. Beliau adalah pemimpin dakwah yang mengorbankan seluruh tenaga, masa dan kudratnya untuk perjuangan Islam. Beliau sentiasa menjadikan sambutan Hari-hari Raya atau hari kebesaran sebagai peluang untuk mendekati golongan muda. Pada suatu Hari Raya, anaknya Saiful Islam telah ditimpa sakit yang berat sehingga hampir-hampir mati. Isterinya berkata: Kalau boleh, kanda bersama-samalah keluarga pada hari raya ini. Tambahan pula anak kita sedang sakit" Beliau menjawab: 'Sekiranya Allah bermurah untuk menyembuhkan anakku daripada penyakit, maka bagiNya segala pujian dan kesyukuran. Namun, jika Allah mentakdirkan dia meninggalkan kita, maka datuknya telah tahu mana jalan untuk ke kubur. Lalu dia membaca firman Allah dari ayat 24 Surah Al-Taubah yang bermaksud:
"Katakanlah, jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarha kamu, harta kekayaan yang kamu perolehi, barang perniagaan yang kamu bimbang kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sangat sukainya lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasulnya serta jihad pada jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah memberikan perintahnya sedang Allah tiada memberi petunjuk kepada orang-orang yang jahat"
Kasih sayang itu rahmat
Tegasnya, naluri kasih sayang itu adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak. Namun dalam keindahan asyik maksyuk kasih sayang kepada anak tersirat ujian kepada ibu dan bapa. Ujian yang perlu dilepasi bagi membuktikan bahawa kasih kepada Allah adalah mengatasi kasih sayang yang lain. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.
Pada 13 Dis 2008, MGP Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan bengkel Pengajaran dan Pembelajran terutamanya untuk panduan bagi MGP Pasti baru yang bakal beroperasi pada awal 2009 nanti. Ianya telah diadakan di bilik mesyuarat Dewan MPSJ Puchong Indah. Terima kasih kerana memberi ruang kepada kami mengadakan bengkel tanpa sebarang bayaran.
Cara pengajaran, silibus untuk setahun dan contoh ringkasan mengajar telah dibentangkan oleh wakil2 Pasti yang telah diberi tugasan. Masing2 menjalankan tugasan dengan baik kecuali Pasti Al Iqbal yang diberi tugasan untuk membentang subjek Jawi 5 dan 6 tahun tidak dapat hadir tanpa menghantar seorang pun wakil.
Secara keseluruhannya bengkel ini berjaya dan ianya amat membanggakan saya sendiri. TAHNIAH MGP Kawasan Puchong. All the best for all of you..
Oppss terlupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Tina atas jamuan makan tengahari yang cukup istimewa.. terima kasih juga pada cikgu Asu kerana sediakan buah anggur...:-)
Pendaftaran Pasti As-Syifaa akan dibuka bermula pada 15 Disember 2008 setiap hari termasuk sabtu dan ahad insyaalah, sehingga sekolah dibuka. Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran boleh hubungi:
artikel ni dah lama di tulis, mungkin sebahagian dari kita sudah pun membacanya..tetapi ianya banyak membari peringatan pada saya. saya harap pengunjung2 blog ini juga mendapatan peringatan darinya terutama dalam mendidik anak kecil kita.
15 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
program merai pelajar 6 tahun dan ihtifal kawasan Puchong
salam..
Kerana kesibukan waktu saya tak berkesempatan untuk update program Pasti As-Syifaa sepanjang bulan Nov yang lepas..
Pasa 1 Nov 2008 Pasti As-Syifaa dan seluruh Pasti Kawasan Puchong telah mengadakan peperiksaan setara untuk mencari pelajar terbaik. Pasti Bestari telah mengungguli peperiksaan tersebut di mana kedua2 pelajar 5 thn dan tahun telah menjadi pelajar terbaik bagi kawasan Puchong.
Pada 2 Nov 2008 yang lalu satu program merai pelajar 6 thn yang akan memasuki alam persekolah pada sesi akan datang telah diadakan di Pasti As-Syifaa. Ianya juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Pasti dan ibubapa serta masyarakat sekeliling.
Pada 8 Nov 2008 pula diadakan program Ihtifal Kawasan Puchong yang melibatkan 7 buah Pasti. Ianya telah diadakan di Institute Pertanian Serdang. Perasmi untuk program ini adalah YB Dr Shafie, exco Shah Alam. Program berjalan lancar dan meriah.
Pada 13 Nov (khamis) adalah hari ke dua terakhir persekolah di Pasti. Kami mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk mengadakan jamuan perpisahan dan majlis Hari Lahir untuk che Iskandar. Umi, ibu che iskandar telah membawa bihun, pulut kuning, jajan dan kek besday yang besar.. Terima kasih umi..
Selamat tinggal anak2 murid ku sayang.. selamat meneruskan pembelajaran di sekolah baru, di tempat baru, bersama guru-guru dan kawan-kawan yang baru. Cikgu doakan kalian semua berjaya dan menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara..
Pada 13/10 yang lalu seluruh Pasti di Kawasan Puchong, malah seluruh Pasti di Malaysia telah menjalankan peperiksaan akhir tahun yang telah dikeluarkan oleh Pasti Pusat. Saya bercadang nak berpuasa 6 tapi dari pengalaman, rasa tak mampu. Bukan senang nak jaga pelajar prasekolah melakukan peperiksaan, memang ada yang laju je menjawab, nak cepat siap..agak over confident. Ada pelajar yang terlalu takut, takut salah. Katanya, mama cakap kena dapat no 1, kena dapat 100%, nanti mama bagi hadiah. Lepas ditegur, dipujuk oleh guru barulah dia buat peperiksaan.
Sekarang peperiksaan dah selesai, keputusan pun dah dapat, guru2 sibuk untuk buat analisa peperiksaan, ibubapa pun dah ramai juga telefon guru bertanyakan keputusan anak2 mereka. Kalau dulu ibubapa pelajar tadika tak kisah sangat keputusan anak2 mereka tetapi ibubapa sekarang dah mula perihatin. Alhamdulillah, ianya memudahkan kerja guru. Sama2 membantu pelajar minat kepada pelajaran.
Pasti Kawasan Puchong akan mengadakan Hari Kecemerlangan Pelajar pada 8 Okt 2008 bertempat di dewan serbaguna, Institut Pertanian Mardi di Serdang. Maklumat lanjut boleh didapati di blog MGP Puchong http://mgp-puchong.blogspot.com.
satu artikel menarik saya temui dari laman web pakar motivasi Osman Affan yang boleh kita kongsi bersama.
1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana� berada di tengah jalan anda…..
2. Anda terlewat bangun pagi�dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
3.Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
Anda sangat malang kerana….jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……