Hari Bakat PASTI KAWASAN PUCHONG
Pada 15 Ogos (sabtu) yang baru berlalu, Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan acara tahunan Hari Bakat PASTI bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah. Majlis bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari.
Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan meriah dan semangat kerjasama oleh guru-guru, para ibubapa dan pelajar. Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SRI nurul Hidayah kerana telah membenarkan kami menggunakan dewan dan surau sekolah tersebut. Juga terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru sekolah SRI Nurul Hidayah. guru-guru KAFA dan Nisa' yang telah sedia bekerjasama sebagai juri pertandingan dan juga MC majlis.
Bermacam ragam kanak-kanak dapat kita lihat dalam program seperti ini. Ada yang bersemangat, yakin dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan bakat masing-masing. Tidak kurang juga yang menarik diri di saat akhir dan yang mengalirkan air mata dia atas pentas. Guru-guru terpaksa memainkan peranan masing-masing agar sesuatu program itu berjalan lancar.
Pasti Assyifaa telah menjadi juara dalam dalam hafazan qur'an lelaki dan perempuan. TAHNIAH adik Munirah dan adik Aidil Hakim, gambar mereka tidak dapat disertakan pertandingan hafazan diadakan di surau. Adik Durrani afiqah telah mendapat naib johan pertandingan Syarahan Perempuan. manakala peserta sajak, azan, dan nasyid hanya mendapat tempat sagu hati. adik syahrul Nizam yang sepatutnya menyampaikan khutbah tidak dapat hadir kerana demam.
Terima kasih dari MGP kawasan Puchong untuk semua yang terlibat.

Peserta nasyid yang menyampaikan lagu Di sini kami berkumpul dan Let us spell the number.

adik Durrani Afiqah bersemangat menyampaikan pidato walaupun dalam keadaan tidak sihat.

adik Muhd Haziq menyampaikan sajak dengan tajuk Bicara Buat Guru

Ustazah hjh wan Hasrina sebagai perasmi penutup. Terima kasih kak wan kerana sudi datang.

Parajuri yang bijaksana lagi adil..terima kasih guru-guru KAFA dan nisa'
Posted at 8/20/2009 9:27:50 am by assyifaa