<body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

PASTI AS-SYIFAA’

No. 28, Jalan PU 10/3, Taman Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Image hosted by Photobucket.com

Selamat Datang Ke Blog Pasti As-Syifaa' Taman Puchong Utama..sebarang pertanyaan sila hubungi: pasti_assyifaa@yahoo.com..Terima kasih..










Get your own calendar


**Abum Pasti Assyifaa**
+Album Pelajar 2008
+Album Pelajar 2004
+Hari Kecemerlangan 2004

Keluarga Pasti

  • MGP KAWASAN PUCHONG,SELANGOR
  • PASTI AR RAIHAN, PUCHONG(2009)
  • PASTI BESTARI,PUCHONG
  • PASTI NEGERI SELANGOR
  • PASTI KAWASAN BKT KATIL, MELAKA
  • PASTI KWSN DUNGUN, TERENGGANU
  • PASTI NEGERI JOHOR
  • PASTI NEGERI KELANTAN
  • PASTI PASIR GUDANG JOHOR
  • PASTI TAMBUN, PERAK
  • PASTI TMN MERDEKA, MELAKA
  • PASTI DARUL ULUM SELANGOR
  • PASTI KAWASAN PERMATANG PAUH
  • PASTI KAWASAN MARAN PAHANG
  • PASTI SABAH
  • PASTI SITI SARAH BANGI
  • PASTI FIRDAUS SEGAMAT
  • PASTI BANDAR TUN RAZAK
  • PASTI SEPANGGAR KOTA KINABALU
  • PASTI WILAYAH
  • PASTI HUSNA, PERAK
  • Misi Dan Visi PASTI



    **SALAM UKHWAH**




Nasyid Pasti As-Syifaa'


sajak L Kawasan Puchong


sajak P Kawasan Puchong


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Thursday, August 27, 2009
SELAMAT BAERPUASA..!!

Budak PASTI dah besar, kena belajar berpuasa.. Big Smile

Latih kanak-kanak berpuasa ikut kemampuan
 

Sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud: Diangkat pena itu kerana tiga perkara: Seorang kanak-kanak kecil sehingga dia dewasa, orang yang sedang tidur sehingga terjaga dan orang gila sehingga dia normal kembali. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Makna diangkat pena itu ialah mereka tidak ditaklifkan atau dipertanggungjawabkan untuk menunaikan sebarang ibadat. Agama Islam menjaga sifat semula jadi manusia. Kanak-kanak harus dilatih sejak kecil lagi supaya mahir melakukan ibadat dan taat kepada Allah s.w.t..

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun. (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Puasa juga dikira ibadat dan kewajipan seperti sembahyang. Kita wajib melatih anak-anak menunaikan ibadat ini.

Tahap umur berapakah latihan ini mesti dilakukan? Tidak semestinya semasa umur kanak-kanak itu tujuh tahun kerana puasa lebih susah daripada sembahyang. Terpulanglah kepada kemampuan kanak-kanak tersebut.

Jika bapa atau penjaganya mendapati kanak-kanak itu sudah mampu berpuasa, bolehlah dia melatih anaknya berpuasa beberapa hari pada setiap bulan, setahun demi setahun. Misalnya dalam setahun dia melatihnya berpuasa sebanyak tiga hari, pada tahun yang lain selama seminggu, seterusnya dua minggu dan sehingga sebulan penuh. Apabila dia telah baligh, dan ditaklifkan berpuasa, dia tidak lagi susah untuk mengerjakan puasa kerana sudah biasa dan mahir.

Inilah cara Islam melatih kanak-kanak sejak dari kecil lagi dengan adab-adab Islam dan kewajipan-kewajipannya.

Seorang penyair berkata, maksudnya:

Adab itu bermanfaat semasa kecil, ia tidak memberi faedah lagi ketika telah dewasa.

Dahan yang lembut mudah teguh bila dilentur...

Dan akan menjadi keras (tidak lembut) bila ia telah menjadi kayu.

Ibu bapa dan penjaga hendaklah membiasakan anak-anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan, berpuasa dan sembahyang. Sembahyang diajar ketika umur mereka tujuh tahun dan jika enggan bersembahyang pada umur sepuluh tahun mereka hendaklah dipukul.

Puasa pula dilatih ketika mereka mampu melakukannya walaupun umur melebihi tujuh tahun. Penjaga seperti ayahnya boleh menyuruhnya berpuasa.

http://www.jais.gov.my/ramadhan/Art/artikel12.php

Posted at 8/27/2009 10:13:29 am by assyifaa
muhasabah  

Thursday, August 20, 2009
Hari Bakat PASTI KAWASAN PUCHONG

Pada 15 Ogos (sabtu) yang baru berlalu, Pasti Kawasan Puchong telah berjaya mengadakan acara tahunan Hari Bakat PASTI bertempat di Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah.  Majlis bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 1 tengahari.

Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan meriah dan semangat kerjasama oleh guru-guru, para ibubapa dan pelajar.  Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SRI nurul Hidayah kerana telah membenarkan kami menggunakan dewan dan surau sekolah tersebut.  Juga terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru sekolah SRI Nurul Hidayah. guru-guru KAFA dan Nisa' yang telah sedia bekerjasama sebagai juri pertandingan dan juga MC majlis.

Bermacam ragam kanak-kanak dapat kita lihat dalam program seperti ini.  Ada yang bersemangat, yakin dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan bakat masing-masing.  Tidak kurang juga yang menarik diri di saat akhir dan yang mengalirkan air mata dia atas pentas.  Guru-guru terpaksa memainkan peranan masing-masing agar sesuatu program itu berjalan lancar.

Pasti Assyifaa telah menjadi juara dalam dalam hafazan qur'an lelaki dan  perempuan. TAHNIAH adik Munirah dan adik Aidil Hakim, gambar mereka tidak dapat disertakan pertandingan hafazan diadakan di surau.  Adik Durrani afiqah telah mendapat naib johan pertandingan Syarahan Perempuan.  manakala peserta sajak, azan, dan nasyid hanya mendapat tempat sagu hati.  adik syahrul Nizam yang sepatutnya menyampaikan khutbah tidak dapat hadir kerana demam.

Terima kasih dari MGP kawasan Puchong untuk semua yang terlibat.

Peserta nasyid yang menyampaikan lagu Di sini kami berkumpul dan Let us spell the number.

adik Durrani Afiqah bersemangat menyampaikan pidato walaupun dalam keadaan tidak sihat.

adik Muhd Haziq menyampaikan sajak dengan tajuk Bicara Buat Guru

Ustazah hjh wan Hasrina sebagai perasmi penutup.  Terima kasih kak wan kerana sudi datang.

Parajuri yang bijaksana lagi adil..terima kasih guru-guru KAFA dan nisa'

Posted at 8/20/2009 9:27:50 am by assyifaa
muhasabah  

Saturday, July 25, 2009
PeNdEKaTaN PeLBaGai DaLaM PeMbeLajaRaN

 
 
 
Dalam pendidikan prasekolah guru hendaklah menggunakan pelbagai pendekatan,kaedah dan teknik agar pengajaran dan pembelajaran dalam prasekolah mampu mengembangkan diri,keupayaan,bakat dan minat kanak-kanak.Aktiviti yang dirancang di dalam kelas prasekolah mesti melibatkan kanak-kanak secara maksima supaya pembelajaran menjadi lebih aktif dan bermakna bagi mereka.Antara pendekatan yang disyorkan adalah ,pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan pembelajaran bertema dan pendekatan penggunaan komputer dan multimedia.

Belajar sambil bermain

Sememangnya kita tahu, naluri semulajadi kanak-kanak memang suka bermain,jadi dengan itu minat bermain itu perlu disalurkan dalam bentuk yang positif, supaya kita dapat menyeimbangkan proses bermain dengan belajar ke arah membentuk kurikulum dan persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang efektif. Kaedah bermain penting kerana ia boleh mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi kognitif afektif,psikomotor,emosi,kreativiti dan rohani.Menurut Rubin,Fein dan Vandenberg ( 1983) "Play has been defined in variety of ways such as relaxation,surplus energy, practice and wish fulfillment"Manakala Levy(1978) pula menyatakan enam perkara berlaku apabila kanak-kanak bermain:

Menggerakkan motivasi intrinsik kanak-kanak

Memberi peluang kanak-kanak bergerak bebas

Mendedahkan aktiviti yang sebenar kepada kanak-kanak

Melatih kanak-kanak memberi fokus atau tumpuan dalam pembelajaran
Memberi peluang kanak-kanak menguasai permainan

Penglibatan kanak-kanak secara maksima.

(Rujukan: Perkembangan pendidikan prasekolah,kumpulan Budiman Sdn.Bhd,2006)

Pengajaran Bertema

Melalui pengajaran bertema, kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik2 tertentu dalam ruang lingkup yg luas. Di sini, peluang untuk kanak-kanak lebih terbuka di mana kanak-kanak boleh menerokai pelbagai pengalaman melalui penglibatan yg aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengajaran ini juga perlu menitik beratkan minat kanak-kanak supaya sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Penggunaan Komputer dan Multimedia

Kita tahu penggunaan komputer di prasekolah pada masa ini bukan satu perkara yang luar biasa, malah kebanyakan kanak-kanak sekarang sudah mula celik it berbanding kanak-kanak pada zaman dahulu. Sememangnya pengunaan komputer dan multimedia ini penting dalam P&P, kerana ia dapat memupuk pelbagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi dan pemikiran logik dan kritikal. Bagi penggunaan komputer dan multimedia dalam pengajaran, guru perlu memilih perisian yang sesuai dengan kurikulum supaya kecerdasan atau IQ kanak-kanak dapat dikukuhkan dari segi pengalaman , pelbagai kecekapan dan peluang pembelajaran dalam melahirkan perasaan.

Kesimpulannya, pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan dalam prasekolah untuk memanfaatkan setiap individu yang berbeza dalam sesebuah kelas. melalui pelbagai pendekatan ini, guru dapat mengekalkan tumpuan kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping memberikan keseronokan dalam diri seseorang kanak-kanak.

http://sfatimahleo.blogspot.com/2009/01/topik-prasekolah.html

Posted at 7/25/2009 9:47:50 pm by assyifaa
muhasabah  

Sunday, July 12, 2009
Perkembangan Sosial Kanak-kanak

Nazirah anak pengurus Pasti As-Syifaa menyambut hari lahir yg ke 6

Hapi besday Nazirah, moga jadi anak solehah kebanggaan mummy n daddy..

pantang tengok cikgu pegang kamera, mesti nak beraksi.. cikgu sayang kamu semua..

sabar menanti untuk dapat sekeping kek.. ok, girls first..

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT
TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

PERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN

PENGARUH PENTING
Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah
( 2 atau 3 tahun-6 tahun)
-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.
-Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.
-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
-Identifikasi
4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)
-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.
Sekolah dan guru
-Pendidikan dan pembelajaran
-Galakan
Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.

KONSEP TEORI PERSAHABATAN

Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu

Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan.

Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai "one way assistance". Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai "intimate and mutually shared relationship". Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami.

Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu

Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.
Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita.

Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.
Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat.

Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti.

Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.

Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.

http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-sosial-kanak-kanak.html

Posted at 7/12/2009 6:31:53 pm by assyifaa
muhasabah  

Wednesday, July 01, 2009
Pesta Sukan PASTI MALAYSIA

MGPK Puchong telah turut sama menjayakan Pesta Sukan PASTI Malaysia yang telah diberi tugas dibahagian persegaran.  Kami telah menghantar tiga orang guru dan tiga orang lagi diwakili oleh ajk Pasti Kawasan.

Pesta Sukan PASTI Malaysia telah berlangsung dengan jayanya dengan Selangor sebagai tuan rumah pada 19-20 Jun 2009 di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Bestari Jaya. Sebanyak 13 kontinjen dari negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk Sabah telah menyertai Pesta Sukan PASTI pada kali ini.

Tahniah kepada PASTI Negeri Selangor kerana menjadi Juara Pertandingan Bola Sepak dan Naib Juara Pertandingan Bola Jaring serta dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2009.

Pesta Sukan PASTI Malaysia 09

wakil MGPK Puchong yang hadir ke Pesta Sukan PASTI Sukan Selangor

Kemeriahan di padang UINISEL

Kontinjen Negeri Selangor

PESTA SUKAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR

31 Mei 2009 yang lalu PASTI Negeri Selangor terus mencatatkan sejarah dengan mengadakan Pesta Sukan di peringkat negeri. Acara gilang-gemilang itu diadakan di Padang Universiti Industri Selangor, UNISEL seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad berbesar hati merasmikan pesta sukan itu pada pagi hari. Pesta sukan tersebut disempurnakan dengan upacara penutup dan penyampaian hadiah oleh Ust Hasbullah B Mohd Ridzuan, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Pesta sukan itu dimeriahkan dengan 18 kontinjen bola sepak dan 16 kontinjen bola jaring dari seluruh PASTI Negeri Selangor yang mengambil bahagian. Acara bola sepak diungguli oleh PASTI Hulu Langat yang mendapat johan diikuti PASTI Hulu Selangor, Gombak dan Puchong.

Bagi acara bola jaring, PASTI Gombak yang mendapat tempat ketiga dalam acara bola sepak telah mendapat johan bagi acara ini. Bagi naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat dimenangi oleh PASTI Shah Alam, Kuala Langat dan Kapar. PASTI yang tidak berpeluang merebut tempat johan hingga tempat keempat tidak hanya pulang dengan tangan kosong tetapi turut menerima hadiah saguhati.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kontinjen yang berusaha memburu kejuaraan. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Sukan yang meriah ini.

Diharapkan agar pesta sukan ini berjaya mencapai objektif yang mahukan pelajar-pelajar PASTI bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut aktif bersukan bagi mendapatkan kesihatan tubuh badan dan berasa cergas untuk beribadah.


Posted at 7/1/2009 6:31:53 pm by assyifaa
Comment (1)  

Tuesday, May 19, 2009
Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 09'

Puan Faridah Dawam

Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah PerakTerlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...

Pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..

Telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggal dunia didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.

Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku ,dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..

Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..

Bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuangan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Posted at 5/19/2009 6:53:55 pm by assyifaa
Comment (1)  

PASTI: Sumbangan PAS Kepada Negara


16 Mei 2009 bersamaan 21 Jamadil Awal 1430H adalah hari bersejarah bagi warga pendidik .

Sejak hari yang ditarikhkan oleh Penyata Razak sebagai Hari Guru , 16 Mei 2009 [ hari ini ] mencatat sejarah gemilang bagi warga pendidik pra persekolahan Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam [PASTI] , apabila Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan diadakan di Tawau Sabah .

Sambutan ini juga serentak dengan sambutan Jubli Perak PASTI setelah 25 tahun mengharungi segala pahit getir perjuangan memartabatkan sistem pendidikan Islam peringkat Pra Persekolahan di negara ini .

Membawa tema 25 Tahun memimpin Perubahan kini PASTI bertapak gagah di tengah - tengah saingan pendidikan negara dengan memiliki 1700 buah sekolah PASTI di seluruh negara , 3300 guru dan 63, 350 murid .

Alhamdulillah , kini PASTI setelah melalui tempoh usia yang cukup menguji keutuhannya , bukan sahaja bersaing dengan sistem pendidikan pra persekolahan yang dianjurkan oleh Kerajaan tetapi juga tekanan politik dan kekangan tahap keupayaan mandiri tanpa sebarang bantuan dan sokongan dari kerajaan samaada material atau moral .

Kurikulum PASTI akhirnya diakui oleh pakar pendidik sebagai antara yang terbaik dalam negara kita . Alhamdulillah , dengan penuh insaf dan sedar bahawa kami Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] boleh mengatakan bahawa inilah antara mercu tanda kejayaan dan pencapaian DPPP setelah gagasan Kepimpinan Ulama' yang turut meletakkan nama DPPP perkasa di hadapan .

PASTI juga adalah sumbangan besar DPPP kepada ummat Islam dalam membina fikrah dan syakhsiah insan sejak dari awal umurnya bahkan tidak keterlaluan jika DPPP mengisytiharkan bahawa ini juga adalah sumbangan besarnya kepada negara yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapa .

Tanpa memandang rendah kepada beberapa kelemahan dan kekurangan yang dihadapi dalam membangunkan PASTI , Pengarahnya En. Azrin Abdul Majid terus memberi komitmen untuk terus memperbaiki segala kelemahan dan sekaligus memperkasakannya demi mempertahankan kewibawaan PASTI di mata dunia .

Kini PASTI bukan sahaja telah dipandang oleh para pengkaji dan penyelidik malah para mahasiswa yang sedang menduduki pengajian peringkat master dan Phd turut menjadikan PASTI sebagai subjek tesis mereka .

PASTI juga turut dibentang sejarah penubuhan , halangan , pencapaian dan kurikulumnya sepanjang ia bertapak di negara ini dibawah keloaan DPPP ke peringkat antarabangsa . Dato' Harun Taib pernah diamanahkan untuk membentang satu kertas kerja berkait sejarah penubuhan , halangan , pencapaian dan kurikulum PASTI ke persidangan Gerakan Islam antarabangsa yang berlangsung di Sudan seketika dulu .

Yb. Salahudin Ayub selaku Ketua DPPP merangkap Ahli PArlimen Kubang Kerian , sewaktu merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan di Tawau sebentar tadi , menegaskan bahawa tempoh 25 tahun PASTI melakar rajah jatuh bangunnya untuk berupaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan institusi pengajian pra persekolahan yang lain adalah merupakah langkah mula untuk meneroka kegemilangan yang lebih hebat di masa depan.

DPPP mensasarkan tempoh 25 tahun ke hadapan , PASTI akan berjaya menubuhkan maktab perguruan atau universiti sendiri untuk melahirkan para cendikiawan dan guru yang terus menyumbang kepada pembangunan dan pembinaan insan soleh di peringkat pra persekolahan .

Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan sejuta penghargaan kepada seluruh warga guru PASTI yang cukup gigih dan cekal berkorban membangunkan cita - cita murni bersama falsafah pendidikan Islam PASTI .

Sebahagiannya masih dengan angka gaji di bawah paras kemiskinan negara , tetap setia menumpah khidmat mencurah kasih kepada PASTI . Mereka ini sifatkan oleh Yb. Salahudin sebagai aktivis Gerakan Islam [ PAS ] yang tidak terkenal di bumi tetapi doa dan rintihan mereka pasti didengar oleh Allah swt .

Jasa mereka tidak mungkin dapat dibalas dengan anugerah dan sijil penghargaan tetapi ganjaran Allah swt jua yang setimpal dan wajar buat mereka .

Insyaallah , saya akan berkongsi kisah duka dan bangga seorang tokoh guru PASTI yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan dalam posting saya akan datang . Satu kisah yang membuatkan saya dan seluruh warga PASTI mengalirkan air mata sedih dan terharu namun bangga dengan ketabahan dan kejayaannya .

Salam hormat dari saya buat seluruh guru PASTI yang berkampung di Tawau atau pun yang tidak berkesempatan untuk bersama dalam majlis gemilang ini .

baktimu dikenang
 

Posted at 5/19/2009 6:49:13 pm by assyifaa
Comment (1)  

Friday, April 24, 2009
Salam Takziah Buat Cikgu Siti Nurul Rahmah

salam, saya baru terbaca cerita sedih ini dari blog http://pastisandakan.blogspot.com/  semoga cikgu siti Rahmah tabah atas kehilangan 2 orang adik yang dikasihi.. semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Amiinn..

Salam Takziah Buat Cikgu Siti Nurul Rahmah Atas Pemergian 2 org Adik Tercinta.

Salam Perjuangan.

Kita mulakan artikel kali ini dengan membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada 2 orang Allahyarham tersebut.

Al-Fatihah.....

Amin....moga kedua-dua Allahyarham dalam redha Allah.

Norafidah,17 dan Noradibah, 6 telah kembali ke rahmatullah pada 15 April 2009. Pemergian mereka bukan satu yang dijangkakan. Memanglah, ajal itu tidak mengenal tempat, usia, masa dan lain-lain. Malaikat maut akan menjalankan tugasnya sebaik sahaja menerima arahan daripada Rabbul Izzati.

Namun, pemergian dua beradik ini sebenarnya merupakan satu tragedi ngeri yang menyayat hati.

16 April 2009 yang lalu, kami rombongan PASTI Sandakan menziarahi Rahmah dan keluarganya. Di situ kami mendengar cerita yang lebih jelas daripada beliau.
Perjalanan ke rumah Rahmah

...jalan kaki ke rumah Rahmah

Ini dia rumah sahabat kita
(di rumah inilah kejadian berlaku)


Menurut Rahmah, mereka berdua dibunuh, ditikam sehingga menemui ajal. Diceritakan lagi, sewaktu kejadian sekitar 2 petang mereka hanya berdua yang berada di rumah. Ahli keluarga yang lain keluar rumah menjalankan tugas masing-masing. Norafidah,17 telah ditikam sebanyak 9 kali. Sementara Noradibah, 6 pula menerima tikaman sebanyak 13 kali.
Pak cik ini sedang berkongsi kesedihan dengan kami

Kakak mana yang tidak sedih menghadapi berita ini. Sambil teresak-esak, Rahmah menceritakan lagi bahawa perut adiknya, Noradibah terkeluar akibat tikaman tersebut.

Na'uzubillah.....Masya'Allah....Tak sanggup mendengarnya....

Sungguh kejam manusia...!!!

Sedih mendengar ceritanya.

Rahmah (tudung putih, baju hitam) sedang bercerita.
Ada kekuatan di wajah guru PASTI ini...bersabarlah.


Begitulah manusia, jika betul perhitungannya..maka menjadi mulialah dia mengalahkan Malaikat. Tetapi, jika silap anutannya..maka menjadi hinalah dia mengalahkan syaitan dan sekutunya.

Kes ini sedang dalam siasatan polis. Mudah-mudahan ada iktibarnya buat kita semua. Sementara, pada malamnya kami penyokong dan pendokong PAS mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk dihadiahkan kepada kedua-dua Allahyarham.

Takziah buat Rahmah dan keluarga.

Sebagai penutupnya, marilah sekali lagi kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Norafidah,17 dan Noradibah, 6.

Posted at 4/24/2009 10:22:42 pm by assyifaa
Comment (1)  

Saturday, April 18, 2009
SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN

Hari ini 21 April 2009 genaplah umur saya ... (dah tua..Wink ) kebetulan sama dengan hari lahir anak murid, Fatin Nuraisyah dan 2 orang lagi pelajar Anis Musheera pada 17 April dan Muhd Nashrullah 20 April.  So, dapatlah saya menumpang sekaki.. Pun begitu, saya hanya sempat bersama pelajar seketika saja kerana terpaksa berkejar ke rumah YDP, menziarahi ibu mertuanya yang telah kembali ke rahmatullah jam 5 pagi tadi. 

HEPI BESDAY ANAK2 MURIDKU SAYANG.. JADI ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH..

 

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh: Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Posted at 4/18/2009 11:05:37 pm by assyifaa
muhasabah  

Sukan Pasti Kawasan Puchong

salam,

Alhamdulillah, pagi tadi, 18 April 2009 bertempat di padang Bandar Kinrara BK4, sukan bolasepak dan bolajaring Pasti Kawasan Puchong telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan dan muhibbah.

PAsti An Nur telah berjaya sebagai Johan dalam permainan bolasepak manakala Pasti Ainul Mardhiah telah berjaya menggodol juara untuk pasukan bolajaring. Pasukan ini akan mewakili Pasti Kawasan Puchong untuk mara seterusnya peringkan sukan negeri Selangor. SYABAS dari MGP Kawasan Puchong.

Bersemangat biar pun kepanasan dan keletihan..


Para pengadil bolajaring dari Nisa, SMIP dan Lajnah Sukan DMPKP. Terimakasih daun keladi dari kami..


Kesian kepanasan.

Urusetia sedang berbincang.


Semangat kesukanan.


Pasukan dari pasti As-Syifaa' dari Puchong Utama

Posted at 4/18/2009 6:05:37 pm by assyifaa
muhasabah  

Next Page